Saturday, 29 September 2012

KUBANG KERIAN,KELANTAN

Assalamualaikum

hai hai!!! da lama betul xmenggondam beloh dakuh ni..
kesian dia..2 minggu berturut2 ni kan tersangat lah hamba begitu sibuk tahap dewa sebab Mid sem exam..
nI hamba dah pun boleh bernafas sedikit demi sedikit..
tidak lama lagi dah nak masuk ward pulak lah kan..haaa..masa ni lah nak kena tunjuk skill kat ward..eh! bukan skill,tp cara kerja menjadi jururawat dengan betul...

disini mengumumkan bahawa sudah hampir 3 bulan saya berada di Kelantan,bumi menuntut ilmu saya apabila saya telah dihantar oleh SPA ke sini... dengar kan anak anak???
mula mula rasa tidak puas hati sebab:


1: jauh dari rumah
2: rindu mak ayah kawan kawan dan kucing! *malu*

3: kena belajar masuk semester 1 balik *sengih*
4: nak balik KL agak sulit yerr...




terima kasih diucapkan buat SPA kerana memberi peluang untuk menjadi jururawat dalam kerajaan,semoga saya dapat belajar bersungguh sungguh.. ??? eh korang, tepuk lah tangan sikit!!! *merajuk*
cerita nya begini, aku dengan bangga nya dapat SPA lah kan, so dengan hati riang kubuka kan langkah menuju ker kelantan yg kini telah pun aku jejaki..



yeah! ini lah sighboard kolej saiya okeh.. KKKKK (5K) KOLEJ KEJURURAWATAN KUBANG KERIAN KELANTAN.. hamek ekau banyak "K" nyer..
Bermula disini sangat lah padu dengan jumpa kawan kawan baru..good!




dah tau kan ini apa?? kat sini pun ada pasar malam... first time aku datang kan hamba punya lah terkejut gila because  * speaking jap* because .... ada angry bird cucuk cucuk ni.. apakah???






yeah!!! ini lah tempat saya beradu di hostel.. adakah comel? serabut? and apa apa apa????
and abaikan tarikh tersebut ok :)






and ini pulak meja belajar saya.. masa ni mmg lah nampak kemas kan coz tak start kelas lagi.. baju oren tu untuk baju semester kami.. mesti korang ingat serabut..kesian anak dara tak pandai berkemas..hahaha.. 
*buat malu jer*




kolej kami bersebelahan dengan USM .. kira nya ni sesi saya perkenalkan kawasan kolej..
cehh, macam pemandungan pelancong pulak.. kesian..
kan saya jauh, awak kena paham * merayu *
eh dah! ni bangunan ni *balik ke topik asal* bangunan USM unit pergigian.. tersangat lah besar kalah kolej aku..





hah ni nak cerita.. amboi buntang mata eh tengok awek cantik.. yang ni nama dari kanan Una, and kiri saya namanya Fara,.. dorang ni model kat kolej *sem 1 jer* sem lain saya tak kenal....but yang tengah tu kan lagi comel rasanya.. *sengih*





tujuan gambar ni ada nak menunjukkan yang kat sini ada KOTA BHARU MALL..
ringkasnya KB MALL..
kat sini ada bowling saja yer, wayang, karaoke, gym, tak ada ok..
but kami happy coz tak habis kan duit macam kat KL..
*lalalala*





haaaaa!!! HASILNYA! saya Mayusna A.K.A Yuna dapat award dengan tempat first.. 
eh prasan, xbanyak pun kan markah tu..
AND!!! please tengok lah sikit kan ada "X" tu kan ada dua kali...
*berdiri tegak tabik dada* bangga lah kan dapat strike dua kali..ngee~








Kelantan FEMES ok dengan pasar ni..ni namanya Pasar Siti Khatijah..
entah betul entah tidak aku eja pasar ni..
kat sini sesuai untuk orang muda orang tua and segala orang lagi 
*peace*!!





eh ni sapa??? ni nak cerita jugak, kolej saya banyak cermin besar2..
so gatal gatal lah sekejap tangkap gambar macam kembar..
nasih baik menjadi..





pleaseeeee!!!! saya nak manja manja sekejap!





ok yang ini pulak kawan saya yang sama comel macam saya..ngee~
namnya Azmiera Zaini okeyhh.. sayang derr ngn dia ni...





another picture.. time ni kami kluar makan kat D'Klasik..
SANGAT lah da bom makanan nyer ..
klasss kau mariahh...




yang paling kiri tu pulak Nabila Huda...
roomate Azmiera k...




air minuman saya..
sapa nak angkat tangan macam saya!!!




hai hai... * lambai tangan *
ni muka orang yang dah kenyang




ok itu dia yahh..
ni lah kelas saya..masa ni time bahasa inggeris sebelah malam so saya bawak lah handphone..
kalau belajar siang macam biasa kan tak boleh bawak handphone lah jawabnyaa...
tengok yang belakang tu, semua semangat!







haaaa... dah nampak kan bangunan apa tu..??
siapa tak kenal dia memang oarang sini lah jawabnya..
kat sini ada MYDIN MALL ok!!!
tak ada mydin cikai2 macam kat tempat lain..





yang comel ni kawan kelas saya.. namanya assiati..
time ni kat rumah kawan coz sambut birthday..
now saya dah nampak gemuk kan sekarang



and habis balik ni kami terus ke Tesco... Tesco kat sini memang gah lah macam Mydin tadi..
dalam tesco ada BIG APPLE.. so dengan bangganya saya beli yang paling besar..
hamek ekau.. *dancing*



gambar terakhir, sebelum balik...hehehe..
pokok pangkalnya mana kita berada untuk tuntut ilmu,hargailah kerana ilmu akan jadi berkat..
ceehhhh,,aku pandai cakap jer padahal tak tahu hati bergelora ni nak balik rumah.. rindu mak!


itu saja entry yang tak seberapa ini ya...sebenarnya tujuan tulis nak bagi gambaran kat korang pasal Kubang Kerian.. saya bersyukur sebab ada kawan kawan kat sini..


thask you coz reading this entry..


ASSALAMUALAIKUM




-END-