Friday, 26 October 2012

Janji palsu!

ASSALAMUALAIKUM

Disini bermulanya hari yang cerah... eh! malam lah saya update benda ni..
actually tak boleh nak tido sebenarnya..hahahaha.. so nak cerita lah sedikit sebanyak apa saya buat sekarang..
alkisah.....
korang still ingat tak pasal perlawanan bola hari tu?? alaaa... yang ATM lawan KELANTAN tuhhh... sejak ada perlawanan tu, heboh lah satu kolej berharap Kelantan menang coz nanti akan dapat cuti..
so dengan rasminya saya menyokong Kelantan sebab nak kan cuti saja.. *penampar sikit*

dan dengan bersumber kan televisyen di kolej, saya pun merajinkan diri pergi bilik TV nak tengok bola *tak minat pon*
yang nak tau nya menang or tak...
yeah dengan tendangan padu oleh kelantan menghentam ATM , akhirnya Kelantan menang dengan 3-2!!!
saya dengan kawan kawan bagai nak rak bersorak terpekik terlolong sebab Kelantan menang ...
sampai heboh beb sebab kami dapat cuti satu hari ... ohmaaagoddd... bersyukur!!
setelah Kelantan memenangi Piala Malaysia * eh tau lak nama piala tu* akhirnya timbul pulak kes janji palsu!!
ehhh wait!! bukan janji palsu pasal cuti kami tak diberikan ok!! ni janji lain.. no no no...
*mak pukul nanti*

ok begini cerita nya.. Even saya ni tak lah berapa aktif dengan TWITTER kan.. (@MayusnaPutri) *promote sikit* hahahaha... saya pun di twitter heboh pasal benda ni..

I
I
I
I
I
I
I
I
V


DAH BACA KAH?? APA KORANG NAK JAWAB??


Selepas perlawanan tamat...

1:ramai yang mengucap kan takziah kepada beliau...
2: ramai kata dia ni saja nak femes.....
3:ada gak yang kata dia ni faker

ehhh..tolonglah derr..jangan buat begini..no no no!!! *nanti mak pukul kang*
janji palsu begini adalah tidak bagus untuk kesihatan sebab ianya akan mengundang kebencian terhadap orang lain..

dia ni katanya lah kan sanggup nak terjun KLCC kalau ATM kalah... hello derr... KLCC tu nak naik pun kena ada permit masuk.. ni senang senang jer nak naik atas tuh... *marah ni*!!








Yang Ni Janji Nak Potong ANU Pulak!

Dulu Johari Pain jadi sangat terkenal apabila bersedia untuk mengerat anunya jika ratu terjun negara, Pandelela Rinong memang pingat pada acara berkenaan di Sukan Olimpik London.
Punyalah kecoh masa tu sampai berpuluh ribu orang menuntut Johari menjadi jantan sebenar dan mengerat anunya.
aku pun  tak paham...mybe diaolang ha tak mampu kot nak betting pakai duit..thats why dia betting pakai anu pulak.. gila...









PAVILION

Selepas tu ADA pulak MisterBiawakEvans yang sanggup bergambar bogel depan pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur *kat area umah saya*  jika Kelantan menang lawan Selangor pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
Kelantan menang and …dan macam Johari Pain jugak, Minter Biawak pun hilang entah ke mana.
rasanya dorang pergi mana erk?? adakah faker jugak??








Rasanya hampir pasti ini pun cabaran tak berapa jantan punya…
cakap dan bunyi aje lebih...sampai ada yang sanggup memalukan diri sendiri
Rasanya trend cabaran macam ni makin basi dah kan…
apa apapun saya mengucapkan syabas bagi mereka yang tepati janji!
Lepas ni kalau ada sesiapa nak buat apa-apa cabaran pun buatlah, takde sape nak layan punya. 

SATU MALAYSIA JANJI DITEPATI!!!


ty coz reading this entry


ASSALAMUALAIKUM


-END-